Itulah situasi berlaku pada dua parti besar iaitu Umno dan Pas apabila dilihat mula membuka langkah bekerjasama.

Beberapa keping gambar dimuat naik di Facebook milik Mohamad tular namun inti pati perjumpaan itu tidak diketahui.

Netizen turut menzahirkan rasa sebak kerana selama 60 tahun bermusuh kini dua parti terbesar dalam negara itu bekerjasama dalam perjuangan demi Islam dan Melayu.

Ada yang menyifatkan pengemudian agama dan bangsa hanya bergantung kepada Umno dan Pas.

Selain itu, netizen juga menyokong 100 peratus kerjasama antara dua parti keramat itu pada bulan Muharam seperti mana persaudaraan Muhajirin dan Ansar bersatu demi menegakkan Islam.

Persaudaraan yang dimaksudkan tidak sekadar satu pengakuan tetapi usaha penyatuan itu lebih bermakna.

Dalam pada itu, netizen juga berharap agar kerjasama itu berterusan bagi mengelakkan hubungan persaudaraan Melayu terus berpecah demi agama dan bangsa.

Katanya, sekiranya Umno sudah berubah dan insaf, kembali kepada perjuangan sebenar, Pas akan bersatu.

“Perjuangan sebenar bukan memusuhi orang-orang Umno kerana semuanya saudara Islam dan jika pemimpin baru ingin berubah, InsyaALLAH, ini jalan terbaik ditunjukkan ALLAH SWT,” katanya.