Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi ini.

Danyal membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, kawasan Parlimen berkenaan dipilih setelah dimaklumkan dan dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Parlimen Port Dickson dimenangi Danyal Balagopal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dengan majoriti 17,110 undi. – UTUSAN