THIAM CHIANN WEN
THIAM CHIANN WEN 

Penganalisis TA Securities, Thiam Chiann Wen berkata, ia akan mengganggu sektor harta yang sememangnya telah berdepan dengan isu pinjaman yang ketat dan tekanan harga mampu milik.

Katanya, meskipun bajet akan datang mungkin menjadikan pemilikan rumah dan pembiayaan lebih mudah bagi orang awam tetapi langkah penyejukan (cooling measures) ke atas pasaran hartanah dilihat bukan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, pihaknya tidak mengharapkan apa-apa langkah penyejukan yang akan diumumkan dalam bajet akan datang kerana inisiatif sebelum ini telah memperlahankan pertumbuhan harga hartanah di negara ini.

“Langkah penyejukan tidak dilihat sebagai ‘mesra rakyat’, kerana ia boleh menarik kembali spekulator dan pembeli rumah tulen.

“Walau bagaimanapun, pengenalan cukai baharu yang tiada implikasi langsung kepada pasaran hartanah tempatan masih boleh mempengaruhi sentimen pembeli rumah dan pelabur,” katanya dalam nota penyelidikan di sini hari ini.

Kerajaan ketika ini sudah mempertimbangkan cukai baharu seperti cukai digital, cukai soda dan cukai warisan bertujuan bagi menjana pendapatan tambahan negara.

Jawatankuasa Pembaharuan Cukai di bawah Kementerian Kewangan dilaporkan ketika ini sedang meneliti serta merangka mekanisme yang sesuai buat cukai baharu yang bakal diper kenalkan.

Chiann Wen menjangkakan cukai baharu disasarkan kepada pembeli asing dalam bentuk duti setem pembeli lebih tinggi untuk warga asing membeli hartanah di Malaysia dan bukan ditujukan kepada pasaran hartanah yang sudah lemah.

Disifatkan sebagai ‘bajet sukar’ oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, TA Securities telah menurunkan penilaian kepada saham-saham hartanah di bawah liputannya dan menurunkan harga sasaran untuk semua kaunter. -Utusan