Dua Pusat Mengundi Awal Dibuka Pukul 8 Pagi

Dua Pusat Mengundi Awal Dibuka Pukul 8 Pagi

CAMERON HIGHLANDS  – Dua pusat mengundi undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands mula dibuka tepat pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 247 pengundi awal yang terdiri dalam kalangan pegawai dan anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka.

Daripada jumlah itu, seramai 232 pengundi akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Brinchang manakala 15 orang lagi akan mengundi di bilik maklumat Balai Polis Sungai Koyan.

Tinjauan di Balai Polis Brinchang mendapati proses pengundian berjalan lancar dan calon Bebas, Wong Seng Yee turut hadir untuk meninjau proses tersebut sambil bersalaman dengan pengundi.

PRK Cameron Highlands diadakan susulan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu ekoran berlakunya amalan rasuah di kawasan tersebut.

PRK bagi kerusi Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Ramli Mohd. Nor dan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran serta dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib dan Wong Seng Yee. – UTUSAN ONLINE