Empat Pegawai Bank Negara Diarah Bercuti, Tunggu Siasatan Selesai

Empat Pegawai Bank Negara Diarah Bercuti, Tunggu Siasatan Selesai

KUALA LUMPUR –¬†Seramai empat pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan telah diarah untuk bercuti bagi membenarkan siasatan terhadap kes pembelian tanah oleh bank pusat itu pada Januari, bernilai RM2 bilion.
Mereka yang berkenaan dipercayai sedang disiasat pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung transaksi pembelian tanah itu.
Pada Jun lalu, bekas gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim meletak jawatan berhubung kontroversi itu.

Kontroversi mengenai penjualan tanah itu timbul kerana wang RM2 bilion yang dijana melalui pembelian tanah itu didakwa telah digunakan untuk menyelesaikan beberapa liabiliti hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – AstroAwani