Equanimity: Indonesia Beruntung Jokowi Cerdik

Equanimity: Indonesia Beruntung Jokowi Cerdik

MENURUT apa yang dibaca di media sosial, kos untuk menyelenggara kapal The Equanimity datang dari Indonesia dan kini berada di Pelabuhan Klang adalah sebanyak RM3 juta sebulan.

Saya tidak pasti sama ada jumlah itu betul atau tidak, tapi yang pasti, setiap kapal – sama seperti pengangkutan yang lain juga, mesti memerlukan penyelenggaraan. Sama ada RM 3 juta sebulan atau tidak, bottom linenya ialah mesti ada kos yang dikeluarkan untuk menyelenggara kapal tersebut.

Datang dari mana duit untuk menyelenggarakan kapal ini semua? Sudah tentulah daripada rakyat sebab kerajaan yang bawak balik, betul? Tak kira kos penyimpanan lagi.

Atas sebab ini, terbukti bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo adalah seorang yang bijak kerana memindahkan beban kewangan proses penyelenggaraan kapal itu kepada Malaysia. Tak hairan beliau ‘sanggup’ melanggar semua peraturan dan undang-undang negaranya untuk menghantar kapal itu ke sini.

Termasuk berdepan risiko ketegangan dengan Amerika Syarikat yang mahu kapal itu dihantar ke negara tersebut untuk dilucutkan hak milik, bukan ke Malaysia. Tentang isu ini, rasanya Jokowi akan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada negara ini untuk bersoal jawab dengan Amerika, beliau boleh cuci tangan.

Jokowi sudah dapat membaca negaranya akan kehilangan banyak wang selama kapal itu disimpan di negara itu akibat pelbagai proses perundangan melibatkannya dan memutuskan untuk menghantarnya ke Malaysia bila permintaan itu datang. Bijakkan? Umpama orang  mengantuk disorongkan bantal.

Dengan beberapa bulan diperlukan untuk mengetahui pemilik sebenar kapal tersebut, ia adalah masalah untuk Malaysia pulaklah sekarang untuk menanggung kos menyimpan (termasuk selanggaraan) kapal itu di sini.  Mungkin sebab negara kita ada Tabung, Indonesia tak ada kan?

Sebab itu saya katakan Jokowi bijak. Beruntunglah Indonesia kerana mempunyai seorang Presiden yang begini punya bijak. Kita? Harap-harap adalah keuntungan dari semua ini dan hasilnya boleh dilihat oleh rakyat.  Mesti boleh tengok tau, kalau setakat literally, literally saja. Tak payahlah, menghabiskan beras. – MyKmu