HSR: Singapura Nafi Azmin Jumpa Pegawai Kanan

HSR: Singapura Nafi Azmin Jumpa Pegawai Kanan

Jurucakap kementerian itu berkata, tiada sebarang mesyuarat dijadualkan akan atau sudah berlangsung antara Mohamed Azmin dan pegawai dari Singapura berhubung projek berkenaan.

“Sehingga 6 Ogos 2018, kerajaan Malaysia tidak memberi sebarang penjelasan seperti yang diminta Singapura dan tidak pernah berbincang mengenai cadangan tarikh untuk mengadakan perbincangan,” katanya seperti yang dilaporkan di portal berita Today Online.

Semalam, Mohamed Azmin mendakwa beliau sudah berjumpa pihak berkuasa Singapura ketika melawat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di negara berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pegawai terbabit namun BERNAMA melaporkan Mohamed Azmin mendakwa pertemuan itu berlangsung dengan positif.

“Mesyuarat rasmi akan berlangsung dalam bulan ini,” katanya.

Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dicadangkan Malaysia pada 2013 adalah projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur yang mampu memendekkan tempoh perjalanan sehingga 90 minit.

Bagaimanapun, projek terbabit tertangguh selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepemimpinan negara pada 9 Mei lalu.

Kerajaan Singapura menggunakan saluran diplomatik sejak 1 Jun lalu bagi memohon supaya kerajaan Malaysia memberi jawapan bertulis menjelaskan kedudukannya mengenai projek HSR. – BH