Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, kejayaan itu merupakan titik-titik penting pembinaan bangsa Malaysia yang dinamis, saling menghormati perlembagaan serta prinsip-prinsip rukun negara.

“Dialog yang berlangsung penuh mesra sebagai rakyat Malaysia yang menghormati perbezaan etnik, agama dan budaya wajar dicontohi oleh semua,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Hari ini, Mujahid mengatur pertemuan secara enam mata membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan dalam satu rundingan selama 40 minit di Kompleks Islam Jakim di Putrajaya.

Mohd Asri dan Ramasamy menemui kata sepakat untuk isu berkenaan diserahkan kepada pihak autoriti.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin berkata, Jakim sentiasa menyokong sebarang usaha dalam merangka model pembinaan negara bangsa yang memahami kepelbagaian dalam sebuah negara dan merapatkan jurang dalam perbezaan.

Sebelum ini, Ramasamy menafikan beliau ahli LTTE sebaliknya berkata, hubungan dengan LTTE bermula pada 2006 apabila Norway meminta pertolongannya dalam menyelesaikan konflik Sri Lanka yang berpanjangan dari Julai 1983 hingga Mei 2009.

Mohd Asri pula dilaporkan mendesak Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan militan LTTE kerana rakyat bimbang sekiranya wujud mana-mana kumpulan terlibat dengan kumpulan pengganas di negara ini. – SH