Kadir Jasin Dijangka Dilantik Penasihat Media PM

Kadir Jasin Dijangka Dilantik Penasihat Media PM

WARTAWAN veteran Datuk A Kadir Jasin menyertai Pejabat Perdana Menteri sebagai penasihat media dan komunikasi.

Difahamkan Kadir menerima surat pelantikannya pada akhir bulan Julai dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Apabila dihubungi, Kadir mengesahkan menerima tawaran untuk menjadi “penasihat khas” perdana menteri dalam hal ehwal media, tetapi enggan mengulas lanjut sementara menunggu pengumuman rasmi.

Beliau adalah bekas editor kumpulan New Straits Times dan anggota Majlis Tertinggi BERSATU.