Kalau Betul-Sayang, Tegurlah Pemimpin Ketika Dia Di Atas

Dari FB: Muhamad Mat Yakim

DEPA yang dulu pertahankan Najib masa Najib ditegur oleh Muhyiddin & Shafie Apdal, la ni kata selagi Najib dibiaq terlibat dengan Umno, selagi tu Umno takkan berubah.

Dulu depa la yang bukan main mau puak tu diambil tindakan kerana tegoq Najib.

Satu yang saya nak kata, bukan saja Najib, selagi depa dan org yang macam depa ada dalam Umno, selagi tu la Umno tak berubah.

Sampai bila nak tunjuk kat rakyat, budaya dalam Umno, jatuh saja seseorang pemimpin, pakat pakat pijak. Yang baru naik pulak, berbondong bondong mengampu.

Tun dulu seagung agung pemimpin masa berkuasa, tapi apabila dia tegoq Najib, dialah sehina hina manusia bagi geng pengampu Najib.

Kalau betul betul sayang, tegoq pemimpin masa dia di atas, supaya tak buat silap.