Menurut sumber, kesemua mereka hanya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang ini yang akan menentukan siapa Ketua Menteri yang sah antara bekas penjawatnya, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Pasti 13 orang akan sertai GBS. Tunggu sehingga keputusan mahkamah selesai,” kata sumber itu kepada Utusan Online di sini petang ini

Sementara itu, Musa yang didakwa di Kuala Lumpur kelmarin atas tuduhan rasuah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira pukul 1 petang tadi.

Sumber berkata, Musa tidak akan hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu dan telah memanggil kesemua ADUN berkenaan untuk berjumpa di rumahnya di Luyang.

Dalam pada itu, kira-kira 500 penyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini bagi memberi sokongan kepada Mohd. Shafie. – UTUSAN ONLINE