Kesilapan Dalam Pelaporan Media, Jangan Sampai Mengecam Hukum Dalam Agama

Dari FB MUHAMMAD MAT YAKIM

BERITA yang memetik kenyataan SS Dato Mufti Selangor mengenai fatwa yang memperuntukkan sebahagian wang zakat bagi golongan asnaf ar riqab bukan setakat mencetuskan salah faham, bahkan kecaman.

Sesungguhnya ini amat menyedihkan. Naluri mengkritik dan mengecam kita sudah tidak mengenal batasan hinggakan fatwa yang diputuskan oleh mereka yang alim lagi arif setelah dibincangkan dan dibahas dengan teliti pun jadi sasaran kecaman buta tuli.

Memanglah ada kesilapan dalam pelaporan oleh pihak media mengenai perkara itu yang menyebabkan ia disalah tafsir seolah olah mereka yang bergelumang maksiat ‘layak’ untuk menerima bantuan daripada wang zakat.

Tetapi janganlah sampai kita mengecam hukum dalam agama.

Sebenarnya ia bukanlah bermakna bahawa golongan pelacur, LGBT atau mereka yang bersekedudukan dengan bukan Islam itu.layak atau akan terima wang sara hidup bulanan atau keperluan sebagaimana asnaf yang biasa kita fahami. Ia sebenarnya lebih kepada biaya program dakwah atau pemulihan untuk mengeluarkan mereka daripada kemungkaran itu.

Itulah tanda Islam sebagai rahmat. Baca penjelasan Sdra Faisal Mustaffa untuk.lebih faham.

Kalau kita sendiri kecam apa yang dibenarkan agama, di mana kedudukan kita?