Kula Segaran Didesak Letak Jawatan

Kula Segaran Didesak Letak Jawatan

MENTERI Sumber Manusia, M Kula Segaran akhirnya meminta maaf setelah mencetuskan ketegangan mengenai isu kaum apabila mendakwa orang Melayu pendatang di Malaysia dan orang India adalah sebenarnya lebih berhak mengiktirafkan diri mereka sebagai kaum yang lebih awal datang ke Malaysia.

Isu ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mencetuskan huru-hara di antara kaum. Selaku seorang menteri yang berada dalam kerajaan beliau seharusnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman, apatah lagi mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana secara langsung ia juga mencerminkan pendirian kerajaan.

Kebelakangan ini banyak isu-isu dan kenyataan pelik yang tidak boleh diterima oleh rakyat disuarakan oleh menteri kabinet. 

Tidak pasti sama ada kenyataan ini sengaja dicetus untuk menutup kelemahan atau sengaja mengalih fokus rakyat atas kegagalan kerajaan menunaikan manifesto 100 hari yang kian hampir tarikh luputnya dan hampir pasti manifesto ini gagal dilaksanakan.

Rata-rata netizen mahukan Kula Segaran bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas kenyataan beliau yang boleh mencetuskan huru-hara dan menggugat keamanan negara.

Mereka juga menyeru pihak polis menjalankan siasatan kerana telah banyak laporan polis telah  dibuat terhadap beliau termasuk dari Pemuda UMNO dan badan- badan NGO serta orang-orang perseorangan di beberapa buah negeri.

Oleh KHAZAI ABU BAKAR

Ahli Jawatankuasa Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)