LGBT Langgar Prinsip Islam, Rosakkan Nilai Kemurnian Negara

LGBT Langgar Prinsip Islam, Rosakkan Nilai Kemurnian Negara

Oleh ADAM YAN

PADA pendapat saya LGBT atau Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender harus ditolak 100 peratus kerana mereka bukanlah semata-mata tersesat bahkan sedar akan kesesatan diri mereka ini. 

Ini bukan soal apa yang kita lihat di Barat, maka perlu dibiarkan berlaku di Malaysia. Tidak sama sekali.

Undang-undang di Malaysia jelas tidak ada yang membenarkan LGBT. Justeru itu, kembalilah kepada fitrah asal kejadian manusia itu sendiri. 

Jangan pula kita Melayu Islam bersama-sama dalam gerakan LGBT ini yang terang-terangan melanggar prinsip Islam.

Orientasi seksual LGBT amatlah ditegah dalam ajaran agama khususnya Islam, juga terdapat dalam konsep Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. 

Pendek kata LGBT adalah satu penyakit sosial yang bercanggah dengan norma kebudayaan dan tatasusila kita. 

Agama mana yang menghalalkan LGBT? Mereka bergembira dan seringkali mendendangkan serta mempromosikan kesesatan mereka ini atas nama Hak Asasi Manusia.

Sebab itu saya nyatakan LGBT ini akan merosakkan akhlak, moral dan menjauhkan kita serta anak-anak dari agama. Bukan itu sahaja, malah LGBT ini juga yang akan merosakkan nilai kemurniaan negara.