Aktivis pelajar yang mengetuai bantahan itu,  Asheeq Ali dan disertai oleh tiga lagi aktivis bertindak memegang manilakad yang tertulis ‘Hormat Autonomi Univeristi dan ‘Universiti milik mahasiswa bukan kaum Borjuis’.

Asheeq yang ditemui ketika ‘duduk bantah’ itu berkata mereka tidak akan berganjak selagi Maszlee tidak meletak jawatan.

Beliau turut menempelak Maszlee yang pernah berkata ‘tidak akan menyalahguna Univeristi untuk kepentingan politik’.

“Apabila Maszlee telah dilantik sebagai Presiden UIAM, beliau telah mencampur aduk kuasa politik dalam universiti yang jelas bertentangan dengan kenyataannya semasa ditemu bual bersama NSTP Jun lalu, yang berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya,” katanya yang juga merupakan pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terdahulu, Persatuan Staf Akademik UIAM mengucapkan tahniah kepada Maszlee atas pelantikannya sebagai presiden universiti itu di halaman Facebook rasminya.

Ini menimbulkan bantahan dikalangan pembangkang dan juga ADUN DAP yang menggesa Maszlee meletak jawatan.

Tambahnya, pelantikan tersebut tidak boleh diterima dan Maszlee perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM dengan segera.

“Kita tidak boleh terima tindakan sedemikian dan meminta beliau letak jawatan sebagai presiden UIA segera. PH sendiri berbelah bahagi dengan pelantikan Maszlee.

Ada wakil-wakil rakyat gabungannya mempertikai lantikan tersebut.

Namun, disebalik pelbagai kritikan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pelantikan itu dan berpendapat pemilihan Maszlee bukan dibuat kerana beliau ‘orang’ parti Bersatu tetapi kerana kredibilitinya serta kelayakan menteri tersebut. – BNPortal