Ketua Media dan Penerbitan Lazis Wahdah, Nasruddin Abdul Karim, 31, berkata, sejumlah mayat dan mangsa yang terpe rangkap dalam runtuhan juga masih belum dapat dikeluarkan kerana ketiadaan jentera untuk membersihkan kawasan sisa runtuhan bangunan.

Malah katanya, keadaan masih belum stabil kerana terdapat gempa susulan berskala kecil dan jumlah kematian dijangka terus mencatatkan pe ningkatan jika keadaan sedemikian berterusan.

“Masih banyak lagi mayat yang tertimbus dan mula berulat. Setakat ini tiada lagi bantuan dari negara luar, cuma pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia sahaja yang telah tiba.

“Apa yang diharapkan mangsa adalah makanan dan perubatan. Banyak yang lapar terutama anak-anak kecil. Kita bimbang timbul masalah kebuluran atau wabak penyakit jika mayat tidak diuruskan,” kata nya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nasruddin berkata, penduduk juga terpaksa mencuri dan memecah kedai bagi mendapatkan barang keperluan terutama makanan.

“Tiada kedai yang dibuka. Bekalan elektrik juga banyak yang masih tidak berfungsi. Kebanyakan hanya mangsa ditempatkan di sekolah atau dewan yang masih elok.

“Mereka juga bimbang jika ada gempa yang lebih kuat akan berlaku. Sebab itu bantuan amat diperlukan,” jelasnya.