Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, Mukhriz dilihat mampu menggalas tanggungjawab tersebut bersama Anwar kerana kedua-dua pemimpin tersebut dilihat boleh mengendalikan hal ehwal negara dengan baik.

“Bagaimanapun, pada pandangan saya, lebih relevan jika Dr Mahathir masih terus menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Anwar menjadi timbalannya. Gandingan ini sangat menarik untuk dilihat kembali setelah mereka berdua bergandingan selama hampir lima tahun dari 1993-1998.

“Namun jika Dr Mahathir  mahu berundur, Anwar jadi Perdana Menteri, maka selayaknya adalah Mukhriz menjadi Timbalan kerana beliau yang paling senior dan berpengalaman selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Bersatu,” katanya di sini. – SH