Netizen Melopong Bila Penjawat Awam Tiada Kenaikan Gaji

Netizen Melopong Bila Penjawat Awam Tiada Kenaikan Gaji

Oleh ADAM YAN

JIKA yang memerintah hari ini ialah kerajaan Barisan Nasional, bukan sahaja LGBT lelaki berperwatakan perempuan tidak boleh berkongsi tandas dengan kaum wanita asli, Penjawat Awam juga akan mendapat satu mata kenaikan gaji bulan Julai lepas.

Tapi sebab yang memerintah sekarang ialah kerajaan Pakatan Harapan, maka inilah hasil yang diperoleh rakyat.  

Bukan sahaja selepas ini ada keberangkalian lelaki berperwatakan perempuan berkongsi tandas dengan kaum wanita sebenar, Penjawat Awam sudah sah tidak mendapat kenaikan gaji yang sepatutnya terlaksana 1 Julai lepas.

Melopong sajalah.

Pakatan, seperti yang kita tahu telah berjanji banyak benda dalam PRU14 yang lepas tapi satu pun tak terlaksana sehingga sekarang, termasuk 10 janji utama dalam manifesto mereka yang sepatutnya dilaksanakan dalam 100 hari pertama.

Kegagalan menaikkan gaji Penjawat Awam ini tidak ada kaitan dengan hutang negara dan apa juga alasan yang mungkin diberikan selepas ini.  

Kalau isunya hutang, persoalannya kenapa BN sebelum ini boleh janji untuk bagi?

BN tidak pernah bercakap kosong dan sememangnya kerajaan BN sebelum ini diketahui amat berpegang kepada janji. Sudah banyak penambah baikan berlaku dalam pengurusan Penjawat Awam sebelum ini di bawah pentadbiran BN, antaranya ialah kenaikan gaji tahunan.

Bukan sahaja kenaikan gaji Penjawat Awam, malah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga akan dinaikkan kepada RM800, berbanding RM400 yang dibayar oleh kerajaan baharu pada Jun lepas.  

Selain pertukaran nama baharu, tidak ada khabar berita langsung yang menyebut berapakah jumlah yang akan dibayar seterusnya kepada rakyat selepas ini?