Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbelanjaan tabung tersebut adalah meliputi perpindahan penduduk, penyediaan makanan dan kebajikan kepada mangsa banjir termasuk pemberian wang ihsan.

“Peruntukan Tabung KWABBN juga digunakan untuk projek pemulihan cerun dan sungai di Cameron Highland, Pahang serta di Sabah dan Sarawak.

“Tabung ini telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana,” katanya pada persidangan di Dewan Rakyat di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Tan Yee Kew (PKR-Wangsa Maju) mengenai langkah-langkah diambil kerajaan bagi menghadapi kemungkinan musim tengkujuh yang akan melanda negara pada hujung tahun ini.

Menurut Wan Azizah, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM50 juta sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh yang sering melanda beberapa negeri di negara ini pada setiap tahun.

Beliau berkata, peruntukan tersebut merangkumi pembelian bot amfibia, bot penyelamat pelbagai saiz, pacuan empat roda, lori lima dan tujuh dan serta khemah kubik.

“Turut dilakukan ialah pemodenan dan penyelenggaraan aset dimiliki Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, bomba dan Angkatan Pertahanan Malaysia.

“Selain itu, kerajaan juga meneruskan 213 projek membaiki infrastruktur rosak dan pencegahan bencana bajir melalui Rancangan Malaysia ke-11,” ujarnya. – K! ONLINE