Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kerjasama tersebut sememangnya menjadi keperluan bagi menentang Pakatan Harapan yang dilihat sudah melampaui ­ba­tas.

Bagaimanapun katanya, pada masa ini, belum ada hubungan rasmi, sebaliknya ha­nya kerjasama dalam beberapa isu berkaitan kepentingan orang Me­layu dan Islam.

“Seperti kata Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tidak perlu tergesa-gesa (hu­­­bungan rasmi) kerana pilihan raya masih jauh lagi. Tetapi jalan ke arah itu memang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prog­ram Munaqasyah Ucapan Dasar Pre­siden dan Himpunan Jentera Pilihan Raya di sini hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli dan Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik.

Terdahulu, ketika sesi soal jawab dalam program tersebut, terdapat seorang peserta yang bertanyakan soalan mengenai proses pembahagian kerusi antara Pas dan UMNO dalam pilihan raya akan datang jika kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu bersatu.

Ketika menjawab soalan itu, Mahfodz berkata, perkara itu akan diteliti kemudian dan menyifatkan ia bukan sebagai masalah.