Peluang BN Kekalkan Kerusi Cameron Highlands Amat Cerah – Tok Mat

Peluang BN Kekalkan Kerusi Cameron Highlands Amat Cerah – Tok Mat

KUALA LUMPUR  – Peluang Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan buat pertama kali seorang Ahli Parlimen Orang Asli di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Sabtu ini begitu cerah berdasarkan sambutan hangat yang diterima daripada masyarakat di kawasan peranginan tanah tinggi itu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kempen BN sepanjang 13 hari lepas berjalan lancar dengan sambutan orang ramai yang amat menggalakkan.

“Saya amat gembira pada ketika mengadakan ceramah di Sungai Koyan tempoh hari bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kedatangan orang begitu ramai sekali…ramai betul.

“Apa yang diharapkan jentera BN terus berkeyakinan tinggi untuk memastikan pengundi-pengundi keluar ke tempat-tempat pusat mengundi yang telah dikenalpasti.

“Alhamdulillah, peluang untuk BN mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands amat cerah sekali,” kata beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia hari ini.
-UTUSAN ONLINE