Peniaga Berasak-Asak Naik Harga Tidak Kira GST, SST

FB Zulkifli Salleh

SAMA ADA GST ataupun SST, yang pasti, peniaga berasak-asak menaikkan harga barang. Jika ini terjadi, pastinya pak menteri yang berkenaan akan memberikan alasan, “Kami tidak ada kuasa.” Padahal, dia ialah anggota badan eksekutif.

Jika disebut “ekskutif,” seseorang mempunyai kuasa untuk bertindak dan membuat keputusan, seperti pengerusi eksekutif, ketua pegawai ekskutif, pengarah eksekutif.