Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, situasi itu cukup menyedihkan bagi sebuah negara yang jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan Islam sebagai agama rasmi.

“Kita kata kita negara Islam tapi pengurusan dalam hal yang ditegah hendak ‘diuruskan’ pula, sedangkan jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa arak itu haram.

“Saya tak faham dengan pendirian pemimpin kita tentang Islam. Benda yang jelas cuba disamar-samarkan. Tak mengambil te ladan langsung dengan ke jadian di Sulawesi, Lombok dan Palu,” katanya kepada Ming guan Malaysia bagi me ngulas isu peng anjuran Ok toberfest yang kini mendapat tentangan pelbagai pi hak di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Yusof turut mempersoalkan pendirian kerajaan yang seolah-olah perlu akur dan memberi kebenaran untuk membenarkan penganjuran pro gram tersebut.

“Memberi permit pun dikira bersubahat, lagi pun program itu bukan sesuatu yang terpaksa malah jika tak ke luarkan permit se kali pun pihak Jerman tidak akan menyerang negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Pu sat, Dr. Roslan Mohd. Nor berkata, tindakan membenarkan penganjuran Oktoberfest di tempat awam menunjukkan rasa hormat terhadap orang Islam di negara ini semakin hilang.

“Kita membantah sebarang penganjuran program berkaitan arak secara terbuka, justeru agensi bertanggungjawab terhadap agama khususnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan,” katanya. – Utusan