Polemik dan Persengketaan Dalam UEC Era Malaysia Baharu

Dari FB ZULKIFLI SALLEH

MEMANDANGKAN beliau bukan sahaja ahli akademik, bahkan juga sebagai kaum intelek, maka harapan dan kepercayaan yang tinggi diberikan kepada beliau, melalui kementerian yang diterajui untuk merealisasikan wawasan “membina negara” (membina bangsa?) dalam era Malaysia Baharu.

Bahkan, tanpa sumbangan anggota kumpulan pemikir dan tanpa perlu mengadakan percambahan fikiran, beliau sendiri mampu mengkonsepsikan dan menterjamahkan membina negara atau membina bangsa.

Namun begitu, malang, sebelum beliau dapat mengemaskan duduknya, beliau terjerumus ke dalam kancah polemik dan persengketaan yang dalam: UEC.

Akibatnya, jika silap pertimbangan, membina negara atau membina bangsa boleh berubah kepada memusnahkan negara bangsa yang sedang mereput.

Jelas bahawa pengalaman akademik dan intelektual beliau tidak cukup untuk beliau berkelana dalam belantara politik yang sungguh ganas.