PrkSemenyih : Rakyat Dipaksa Undi PH… Satu Perbuatan Tidak Bermoral – Tok Mat

PrkSemenyih : Rakyat Dipaksa Undi PH… Satu Perbuatan Tidak Bermoral – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekiranya benar dakwaan yang mengatakan peminjam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipaksa untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac ini, maka ia adalah satu perbuatan yang amat tidak bermoral.

Jelas beliau, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam negara demokrasi ini.

“Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi jika benar berlaku, ia malang sekali kerana dalam negara demokrasi hak untuk individu memillih siapa yang mereka mahu menjadi pemimpin dalam pilihan raya adalah hak asasi mereka.

“Itu adalah bersamaan dengan konvensyen antarabangsa. Jika betul ada pemegang akaun AIM dipaksa untuk mengundi PH, saya rasa buat laporan polis itu adalah satu tindakan yang betul… laporan kepada SPR juga perlu.

“Saya juga tidak sangka PH begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan cara sebegini. Ini bukan sahaja salah dari segi peraturan pilihan raya tetapi satu perbuatan yang amat tidak bermoral. Memaksa orang untuk mengundi… ini bolehlah saya katakan macam Camaron Highlands tempoh hari yang mana Tok-tok Batin diugut, kalau tidak mengundi PH… elaun mereka tidak akan dibayar,” ujar beliau kepada media selepas berucap di program santai bersama Tok Mat di PDM Sesapan Batu Rembau malam tadi.

Semalam, Ketua Wanita Hulu Langat, Ruhani Kasim telah menemani seorang peminjam AIM bagi membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut.

Untuk rekod, sama seperti di PRK Cameeon Highlands, di Semenyih ini juga PH dikesan melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya seperti memberi hamper kepada pengundi, menawarkan projek baik pulih rumah, umum projek Klinik Kesihatan (ganti Hospital), Menteri Besar mengumumkan satu projek besar oleh Kerajaan Negeri Selangor meluluskan peruntukan RM80 ribu untuk baiki dewan (telah ditarik balik) dan cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah basikal. – MediaUMNO