Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal ketika sentimen kurang optimis terhadap rundingan perdagangan Washington-Beijing sebaliknya diatasi oleh jangkaan pasaran bahawa tiada kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada tahun ini.

Pada 9.19 pagi ini, ringgit berada pada 4.0950/1000 berbanding dolar AS, tidak berubah berbanding paras sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata para penggiat pasaran lebih bersikap “tunggu dan lihat” sebelum membuat pilihan masing-masing.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali bagi dolar Singapura yang menyaksikannya susut kepada 3.0291/0337 daripada 3.0286/0334 sewaktu ditutup pada Khamis.

Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.7784/7840 daripada 3.7882/7931, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2232/2300 daripada 5.2256/2337 dan tinggi berbanding euro kepada 4.7146/7212 daripada 4.7191/7253, sebelum ini. -FMT