Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

KUALA LUMPUR  – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan berikutan kelemahan dolar yang mendorong permintaan terhadap mata wang selamat dan di pasaran baharu muncul lain.

Ringgit didagangkan pada paras 4.1750/1790 berbanding dolar AS pada pukul 9.05 pagi berbanding 4.1830/1860 selepas dagangan ditutup pada Isnin.

Pasaran tempatan ditutup semalam sempena cuti Krismas.

Seorang peniaga berkata, dolar AS berdepan tekanan ketika Washington bergelut dengan penutupan separuh fungsi pentadbiran selain konfrontasi terbuka antara bank pusat negara itu dengan kerajaan Presiden Donald Trump.

Ringgit turut diniagakan bercampur-campur pada pagi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh kepada 3.0423/0459 berbanding dolar Singapura iaitu 3.0451/0484 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.7599/7649 daripada 4.7661/7704.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada paras 3.7738/7785 daripada 3.7651/7681 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2997/3052 daripada 5.2907/2957 sebelum ini.- BERNAMA