Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Terus Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan permintaan yang rendah ke atas nota tempatan, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1780/1810 berbanding dolar daripada 4.1760/1800 pada penutupan Khamis.

Peniaga berkata, kebimbangan berterusan dalam kalangan pelabur mengenai kelembapan ekonomi dunia, mendorong permintaan ke atas dolar.

“Faktor ini mengheret turun prestasi ringgit,” katanya.

Selepas dibuka, ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0487/0512 daripada 3.0513/0553 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.7834/7872 daripada 4.7924/7991 dan tinggi berbanding pound kepada 5.2906/2965 daripada 5.2968/3036.

Berbanding yen, ringgit menyusut kepada 3.7542/7579 daripada 3.7379/7425. -Fmt