Saiful Bukhari Bertanding di PD, Siapakah di Belakang Calon Ini?

Dari FB ZULKIFLI SALLEH

APABILA tersebar berita bahawa Saiful Bukhari akan bertanding di PD, saya terfikir, siapakah di belakang calon ini? Lantas saya terbayang buku “50 Dalil” yang ditulis Khalid Jefri.

Dalam kalangan penulis politik popular, dia bukan seberani dan terkenal jika dibandingkan dengan Yahaya Ismail dan S.H. Alatas. Untuk menerbit buku dalam jumlah yang banyak yang dijual secara meluas sempena PAU 1998 dan dikatakan “diseludup” ke dalam beg perwakilan, memerlukan modal yang banyak.

Akhirnya, terdedah beberapa nama tertentu yang dikatakan terlibat. Nama pemilik penerbitnya, iaitu Legenda Mahsuri diketahui.

Balik kepada Saiful, untuk menyediakan deposit RM15,000, satu jumlah yang besar dan kemungkinan lesap.