Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, syarikat lain adalah Onwards Paper Industries Sdn. Bhd. (tisu tandas, tisu muka, tisu dapur, serviette) dan Yuppies Manufacturing Sdn. Bhd. (kapur kasut serta pengilat kasut).

Katanya, selain daripada surat, kebanyakan pembekal barangan kepada Mydin memberitahu akan ada kenaikan harga bermula 1 Oktober ini menerusi perbualan.

Jelas beliau, ini bermakna tidak semua barang akan naik pada 1 September kerana ada beberapa barangan akan mula dinaikkan harga pada 1 Oktober 2018.

“Dengan adanya SST, banyak barang akan menyaksikan kenaikan harga seperti makanan dalam tin, pakaian dan perkakasan elektrik.

“Dalam pada itu, Mydin me negaskan bahawa kali ini tidak akan menyerap SST seperti yang dilakukan dengan GST sehingga merekodkan kerugian lebih RM100 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ameer berpendapat kadar SST lebih daripada empat peratus hanya akan membawa kepada inflasi dan para peniaga mungkin boleh mencuba untuk menye rap cukai itu jika ia di antara tiga hingga empat peratus.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh bergantung kepada peruncit untuk menyerap kos SST itu kerana rata-rata pemain industri masing-masing berdepan cabaran dalam menjalankan perniagaan.

“GST pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu diakui membantu mening katkan penggunaan domestik dalam masa sama memacu pertumbuhan kitaran ekonomi secara keseluruhan.

“Ini seterusnya membolehkan syarikat membayar cukai perniagaan yang lebih baik kepada kerajaan. Tetapi kini dengan SST, siapa sebenarnya yang menerima manfaat?,” soal beliau lagi.

Ternyata benar, Panduan Cadangan Cukai Jualan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada pautan mysst.customs.gov.my bahawa pencuci muka, bedak sejuk, produk anti bau badan (deodorant), syampu badan, ubat gigi dan sabun bar antara produk yang dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

JKDM menerusi laman web mysst.customs.gov.my telah memuat naik satu Panduan Cadangan Cukai Jualan bagi ribuan jenis barangan meliputi pelbagai segmen setebal 121 muka surat.

Produk penjagaan kulit dan kos metik yang akan dikenakan SST mengundang perhatian orang ramai sehingga ada antara pengguna yang mengeluh berkata bahawa perlu jadi ka ya untuk cantik. – Utusan