Takut Dengan Laporan Polis, Lim Guan Eng Tarik Balik Tuduhan Rompak GST

Takut Dengan Laporan Polis, Lim Guan Eng Tarik Balik Tuduhan Rompak GST

DALAM Parlimen, Lim Guan Eng memperbetulkan tuduhannya  dan tidak lagi menggunakan perkataan ‘curi’ atau ‘rompak’ yang mengejutkan pelbagai pihak, seperti sesi minggu lepas, dalam membahaskan isu dana refund GST.

Lim hanya merujuk perbuatan kerajaan Barisan Nasional ‘tidak memasukkan’ dana tersebut ke dalam akaun Tabung Amanah. Maka, dengan itu jelaslah bahawa tiada isu rompakan mahupun kecurian dana GST oleh kerajaan dulu seperti yang didakwanya sebelum ini.

Pihak BN pun telah lebih awal memberitahu dana diluluskan sahaja yang dimasukkan ke akaun ‘Tabung Amanah’, manakala dana masih bermasalah tidak akan dimasukkan.

Seperti dijelaskan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bahawa Tabung Amanah adalah satu Kumpulan Wang yang diwujudkan bagi tujuan pembayaran balik GST di bawah seksyen 54, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014). 

Semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam akaun ‘Kumpulan Wang Disatukan’ yang kemudiannya akan dipindahkan ke Tabung Amanah untuk membolehkan pembayaran balik GST dilaksanakan.

Jelas pihak BN lagi, di antara sebab RM19 billion tak diluluskan sama ada ia bermasalah dengan proses tuntutan seperti permohonan tak lengkap, permohonan tak mematuhi SOP, belum diaudit dan sebagainya.

Daripada kenyataan rasmi Kastam juga kita tahu dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018, pihak Kastam telah melaporkan berdasarkan kpd borang GST-03 (borang tuntutan refund GST) sejumlah RM82.9 billion dana telah difailkan untuk tuntutan ke dalam sistem GST kastam oleh pembayar cukai.

Perlu juga diingat sepanjang pentadbiran BN, majoritinya iaitu hampir 80 peratus atau RM63.5 bilion tuntutan refund telah dipindahkan dan dilangsaikan kepada para peniaga. 

Selepas pembubaran Parlimen pada 7 April dan perlantikan kerajaan baharu pada 10 Mei 2018, maka jelaslah baki tuntutan refund GST tersebut di bawah tanggungjawab kerajaan baharu dan harus diberi pertimbangan ke atas semua liabiliti yang bersangkutan sebelum menghentikannya pada Jun 2018.