UMNO Mesti Letak Calon Lawan Anwar di Port Dickson

Dari FB AZMAN HUSSIN

PENDAPAT aku, UMNO mesti meletakkan calon lawan DS Anwar di Port Dikcson.

Politik ini bukan matlamat menang hari ini semata-mata.

Jika tidak menang pun, paling kurang ia dapat menyampaikan mesej-mesej kepada rakyat bahawa kerajaan PH adalah penipu untuk sasaran PRU15.

Seperti PH dahulu, mereka tahu pun demonstrasi tidak akan menumbangkan kerajaaan. Tetapi, mereka tetap melakukannya, kerana mahu mesej-mesej politik mereka dapat disampaikan dan bergema dalam minda rakyat.