UMNO Tidak Urus 1MDB

UMNO Tidak Urus 1MDB

Permintaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya UMNO tidak dikaitkan secara keterlaluan dengan dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sangat tepat pada masanya.

UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah hanya menentukan polisi dan dasar bagi membangunkan negara, bukannya menguruskan mana-mana syarikat kerajaan secara ekskutif.

Jika ada kesalahan dalam pengurusan 1MDB maka pihak yang mempunyai kuasa eksekutif patut didakwa dan dihadapkan di mahkamah.

Usaha mengaitkan UMNO dengan 1MDB dengan tujuan mengharamkan parti adalah satu tindakan jahat untuk menindas pembangkang dan menjadikan kerajaan terlalu kuat tanpa sebarang teguran.

Sama ada suka atau tidak UMNO adalah sebahagian daripada proses demokrasi negara.

Seperti kata Mohamad, UMNO tidak berharap sesuatu yang istimewa, hanya mahukan keadilan dan hak untuk terus menjalankan tugas sebagai sebuah parti politik pembangkang.

Sejarah menunjukkan UMNO telah membangunkan negara ini dan memajukan semua bangsa selama lebih 60 tahun. Adakah adil untuk mengharamkan UMNO hanya kerana isu 1MDB yang belum diputuskan di mahkamah?

Rakyat juga perlu sedar bahawa usaha mengaitkan UMNO secara keterlaluan dengan 1MDB adalah bertujuan memesongkan fokus umum kepada banyak kelemahan polisi dan dasar kerajaan baru.

Usaha melemahkan UMNO bertujuan menghakis perjuangan masyarakat bumiputera dan kedudukan Islam.