Zaman Sekarang Siapa Ikut Islam Dilabel Kolot

Dari FB MUHAMAD MAT YAKIM

ZAMAN sekarang, siapa ikut Islam dilabel kolot. Mereka yang mendewakan westernization berasa diri sebagai orang maju. Maju tahap jantan berkahwin dengan jantan, betina dengan betina.

Berzina bertukar laki bini tak berasa apa. Tak pakai baju, macam lembu, sedikit pun tiada rasa malu!

Itukah yang dikatakan maju?

Mereka lupa bahawa Islamlah yang membawa tamadun yang telah memajukan dunia, lama sebelum tamadun Barat yang mereka puja puja.

Ketika Islam sudah pun.maju, Barat masih sengsara dalam kegelapan Dark Ages.

Majunya Eropah selepas itu pun hanya setelah mereka berjaya jatuhkan pengaruh tamadun Islam.

Orang Barat kemudian merampas pelbagai khazanah ilmu dari duni Islam. Kitab dalam pelbagai bidang, fizik, sains, matematik, astronomi, perubatan, pertanian dsb dibawa balik dan dikaji.

Tanpa ilmu Islam, mungkin Eropah masih dalam kegelapan.

Setelah berjaya mengadaptasi ilmu ulamak kita, Barat jauh lebih maju berbanding dunia Islam. Umat dan negara Islam diperlemahkan dengan pelbagai cara bagi.memastikan mereka tidak bangun semula.

Ini penting untuk orang Barat terus menguasai.dunia. Negara Islam.diatur supaya.bercakaran sentiasa.

Begitulah orang Islam terus dibuli sampai.hari ini.

Hakikatnya, Islam antara tamadun utama dunia.

Sejak zaman Rasulullah SAW, nama Yathrib ditukar kepada Madinah yang bermaksud bandar. Asal perkataan Madinah itu drp ‘madani’.Mungkin dari situ orang Barat mendapat perkataan ‘modern’.

Berbanding tamadun Barat, tamadun Islam sentiasa patuh agama kerana pengasasnya adalah ulamak.

Sekarang, orang Barat yang telah melihat pelbagai kerosakan di sebalik kemajuan tamadun mereka, kian ‘mencari’ Islam untuk memperbaiki kehidupan.

Sebaliknya orang yang Islam hanya.pada kulit.ini pula terhegeh hegeh berkiblat le Barat.